Saturday, February 25, 2012

T-SHIRT KOLAR MALAYSIA AIRLINES | TEMPAH T-SHIRT | HEAT TRANSFER | SILK SCREEN


  • WARNA HITAM
  • SAIZ M
  • JENAMA ENZO
  • KOS PENGHANTARAN RM 5 ( POS LAJU )

T-SHIRT MUSLIMAH | TEMPAH T-SHIRT | HEAT TRNSFER | SILK SCREEN

  • HARGA RM 25
  • WARNA HITAM/OREN
  • SAIZ S
  • JENAMA OREN SPORT
  • KOS PENGHANTARAN RM 5 ( POS LAJU )

T-SHIRT MUSLIMAH | TEMPAH T-SHIRT | HEAT TRNSFER | SILK SCREEN


  • HARGA RM 25
  • WARNA HIJAU GELAP/HIJAU MUDA
  • SAIZ M
  • JENAMA OREN SPORT
  • KOS PENGHANTARAN RM 5 ( POS LAJU )

T-SHIRT MALAYSIA AIRLINES | TEMPAH T-SHIRT | HEAT TRANSFER | SILK SCREEN


  •  HARGA RM 25
  • WARNA HITAM
  • SAIZ M
  • JENAMA GILDAN
  • KOS PENGHANTARAN RM 5 ( POS LAJU )

Friday, February 24, 2012

HARGA T-SHIRT

SEJARAH T-SHIRT | TEMPAH T-SHIRT | HEAT TRANSFER | SILK SCREEN

T-SHIRT (KEMEJA - T)

Kemeja-T ialah baju yang dipakai dengan menyarungnya dari kepala ke bawah untuk melitupi sebahagian besar badan manusia. Ia biasanya tidak berbutang, tidak berkolar, atau tidak bersaku, dan memiliki leher bulat serta lengan pendek. Lengan kemeja-T menjangkau sekurang-kurangnya sehingga bahu tetapi tidak melitupi siku (dalam versi lengan pendek). Baju dengan lengan yang lebih panjang atau lebih pendek daripada itu tidak tergolong dalam kemeja-T.
Kemeja-T biasanya diperbuat daripada serat kapas atau serat poliester (atau campuran kedua-dua serat itu) yang dikait sebagai fabrik jersi untuk memberikan tenunan kemeja-T tersendiri yang lembut. Kemeja-T boleh dihiasi dengan teks dan/atau gambar, dan kekadangnya dipergunakan untuk pengiklanan.
Fesyen kemeja-T termasuk gaya untuk kedua-dua lelaki dan wanita, serta untuk semua kumpulan umur, termasuk saiz bayi, budak, dan dewasa.


Sejarah

Kemeja-T berkembang daripada pakaian dalam yang digunakan pada abad ke-19. Ia dicipta dengan menggunting pakaian dalam "sut kesatuan" sehelai menjadi pakaian atas dan pakaian bawah yang berasingan, dengan pakaian atas cukup panjang untuk dimasukkan ke dalam ikatan pinggang pakaian bawah. Kemeja-T, baik dengan butang mahupun tidak, dipakai oleh pelombong dan pemunggah kargo pada akhir 1800-an sebagai pakaian yang sesuai untuk persekitaran panas.
Kemeja-T, sebagai pakaian serelum tanpa butang, pada asalnya menjadi popular di Amerika Syarikat apabila ia dibekalkan oleh tentera Laut amerika Syarikat semasa atau selepas Perang Sepanyol Amerika. Ia merupakan baju dalam kapas putih yang bergaris leher bulat dan berlengan pendek yang dipakai di bawah pakaian seragam. Kemeja-T umumnya dipakai oleh pelaut dan askar marin dalam pasukan kerja, kapal selam awal, dan iklim tropika. Mereka menanggalkan "jaket" pakaian seragam dan hanya memakai (dan mengotori) baju dalam mereka. Adalah mungkin bahawa lembaga pakaian seragam Tentera Laut menemui kemeja-T buat pertama kali apabila mereka melihat anak kapal dok.
Dinamai "kemeja-T" disebabkan garis bentuk pakaian itu, kemeja-T tidak lama kemudian menjadi popular sebagai pakaian lapisan dalam untuk pekerja dalam pelbagai industri, termasuklah pertanian. Kemeja T mudah dipakai, mudah dibersihkan, serta murah dan kerana itu, ia menjadi baju pilihan untuk budak lelaki (lebih mungkin pilihan ibu daripada pilihan budak lelaki pada diri mereka). Baju budak lelaki yang mempunyai pelbagai warna dan corak menjadi amat umum sehingga watak kartun Charlie Brown jarang dinampak tanpa kemeja-T dengan jalur zig zag di sekeliling pinggangnya.
Menjelang Zaman Meleset, kemeja-T seringnya menjadi pakaian lalai yang dipakai sewaktu membuat kerja harian ladang atau ladang ternak serta juga sewaktu kesopanan memerlukan badan dilitupi tetapi keadaan memerlukan pakaian ringan.
Selepas Perang Dunia II, pemakaian seluar pakaian seragam dengan kemeja-T sebagai pakaian kasual menjadi umum dalam kalangan bekas perajurit, dengan kemeja-T menjadi jauh lebih popular selepas Marlon Brando memakainya dalam filem A Streetcar Named Desire. Kemeja-T akhirnya mencapai status sebagai satu pakaian luaran tersendiri yang berfesyen.

Arah aliran

Kemeja-T pada aslanya dipakai sebagai baju dalam. Kini, ia sering dipakai sebagai pakaian tunggal pada bahagian atas tubuh, selain daripada mungkin coli atau anak baju. Kemeja-T juga telah menjadi perantara untuk pernyataan diri dan pengiklanan, dengan mana-mana gabungan perkataan, lukisan, dan juga gambar foto yang dapat difikirkan dipaparkan.
Kemeja-T biasanya menjangkau sehingga pinggang. Kelainan kemeja-T seperti tank top, baju-A (dengan nama samaran "pemukul isteri"), kemeja otot, kemeja leher senduk, dan leher-V telah dikembangkan. Fesyen hip hop memperkenalkan "T-tinggi", kemeja-T yang dipanjangkan sehingga lutut. Salah satu arah aliran 1990-an dalam pakaian wanita melibatkan kemeja-T gunting yang ketat dan yang cukup pendek untuk mendedahkan bahagian perut. Satu lagi arah aliran yang popular ialah pemakaian kemeja-T berlengan pendek di atas "kemeja-T berlengan panjang" dengan warna yang berbeza; ini dikenali sebagai "pelapisan".



Kemeja-T cecincin

Pada awal 1950-an, banyak syarikat yang berpusat di Miami,Florida, mula menghiasi kemeja-T dengan berbagai-bagai nama tempat peranginan dan watak. Syarikat pertama yang berbuat demikian ialah Tropix Togs di Miami di bawah pengasasnya, Sam Kantor. Ia memiliki lesen asal untuk watak Walt Disney yang merangkumi Mickey Mouse dan Davy Crockett. Syarikat yang lain kemudian memperluas usaha itu menjadi perniagaan pencetakan kemeja-T, misalnya Sherry Manufacturing Company yang juga berpusat di Miami. Sherry dimulakan pada 1948 oleh pemilik dan pengasasnya, Quinton Sandler, sebagai sebuah perniagaan skarf cetak saring dan kemudian berkembang menjadi salah satu syarikat tempat peranginan cetak saring pakaian berlesen yang terbesar di Amerika Syarikat.
Pada 1959, plastisol, satu dakwat yang lebih tahan lama dan lebih memberi direka, dan membenarkan lebih banyak kepelbagaian dalam reka bentuk kemeja-T.
Pada 1960-an, kemeja-T cecincin muncul dan menjadi satu fesyen utama untuk belia dan peminat rock and roll. Dekad itu juga memperlihatkan kemunculan pencelupan ikat dan pencetakan saring pada kemeja-T asas. Pada akhir 1960-an, Richard Ellman, Robert Tree, Bill Kelly, dan Stanley Mouse mengasaskan Monster Company di Lembah Mill, California untuk mengeluarkan reka bentuk seni halus, khususnya untuk kemeja-T. Kemeja-T Monster seringnya menonjolkan lambang dan motif yang berkait dengan pancaragam Grateful Dead dan budaya marijuana. Tambahan lagi, salah satu lambang yang paling popular muncul daripada kerusuhan politik 1960-an, dengan kemeja-T menampilkan muka pemberontak Marxis,Che Guevara.
Jenis hiasan kemeja-T komersil yang paling umum ialah percetakan saring. Dalam proses ini, corak kemeja diasingkan kepada setiap warna tunggal. Plastisol atau dakwat berasaskan air dibubuh pada baju menerusi tabir jejaring yang mengehadkan kawasan yang dakwat dibubuh. Dalam kebanyakan pencetakan kemeja-T komersil, warna tertentu digunakan. Untuk mencapai spektrum warna yang lebih luas menerusi jumlah warna yang terhad, percetakan proses (yang hanya menggunakan dakwat sian, magenta, kuning, dan hitam) atau proses tersimulasi (yang hanya menggunakan dakwat putih, hitam, merah, hijau, biru, dan emas) agak berkesan. Percetakan proses paling sesuai digunakan untuk kemeja yang berwarna muda, manakala proses tersimulasi lebih sesuai untuk kemeja yang berwarna gelap. Tidak banyak syarikat kini menggunakan dakwat berasaskan air, dengan kebanyakannya lebih suka akan plastisol kerana keupayaannya untuk mencetak pada kemeja berbagai-bagai warna tanpa memerlukan pelarasan warna pada peringkat seni.
Dakwat keistimewaan berubah-ubah mengikut fesyen dan merangkumi dakwat berasaskan pendar, gembung, nyahcas, dan cino. Kerajang logam boleh ditekankan atau dicapkan dengan olahan haba pada mana-mana bahagian yang berdakwat plastisol. Apabila digabungkan dengan dakwat pendar, logam itu menghasilkan kesan bak cermin pada tempat yang dakwat plastisol tersaring dibubuh. Dakwat keistimewaan adalah lebih mahal, bukan sahaja untuk membeli tetapi juga untuk menyaring dan justera, cenderung muncul dalam pakaian yang dijual di butik.
Kaedah hiasan yang lain yang digunakan pada kemeja-T termasuk berus sembur, tampal hias, sulam, teraan, dan cetak timbul serta juga penyeterikaan huruf cetak tabur hias, pemindahan haba, dan pemindahan pemejalwapan pencelup. Pencetak laser berupaya mencetak pada kertas biasa dengan menggunakan toner khusus yang mengandungi pencelup pemejalwapan. Cetakan kertas itu boleh dipindahkan secara kekal ke kemeja-T menerusi olahan haba.
Pada 1980-an, pencelup termokromatik digunakan untuk menghasilkan kemeja-T yang bertukar warna sewaktu suhu persekitaran berubah. Jenama Global Hypercolour amat popular di jalan raya United Kingdom buat beberapa tahun tetapi kini hampir hilang sama sekali. Ia juga sangat popular di Amerika Syarikat dalam kalangan remaja pada akhir 1980-an. Satu kelemahan pakaian tersebut adalah bahawa pencelupnya mudah rosak, khususnya apabila dicuci dengan air suam, selain daripada mencelup pakaian yang lain.
Pada peralihan abad, perekaan bentuk kemeja-T tempahan dalam talian menjadi lebih popular. Laman sesawang yang popular mula menggunakan pencetakan digital (seperti pencetakan Terus ke Pakaian atau DTG, singkatan untuk Direct to Garment ) yang membenarkan pelanggan mereka bentuk kemeja-T sendiri dalam talian tanpa pesanan minimum. Pada mulanya, DTG tidak berupaya mencetak pada pakaian gelap. Namun, dengan bantuan sesetengah peruncit kemeja-T dalam talian, pengilang pencetak seperti T-Jet telah menyempurnakan proses itu dan kini membekalkan pengguna dengan lebih banyak pilihan cetak.

SUMBER : Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

SELAMAT DATANG | TEMPAH T-SHIRT | HEAT TRANSFER | SILK SCREEN

Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera.Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada anda kerana sudi meluangkan masa anda untuk melawat laman blog saya yang tak seberapa ini.Tujuan utama saya membuat laman blog ini adalah kerana ingin berkongsi pengalaman bersama anda dalam percetakan t-shirt.Saya pernah menghadapi kesusahan dalam mencari tempat untuk mencetak t-shirt dan saya rasa anda begitu juga.kalau nak order pun kena dalam kuantiti yang banyak  dan kalau sikit pulak harganya agak mahal.Terfikir 2-3 kali untuk order t-shirt pulak.

Di sini saya akan berkongsi pengalaman dengan anda tentang percetakan t-shirt heat transfer dan silk screen.Kalau ada info yang tak cukup saya minta maaf la ye pasal saya pun budak baru belajar…Kalau salah tolong betulkan ye.Buat masa ni saya hanya ada set cetak secara heat transfer aje.Untuk set silk screen pulak,saya belum bersedia lagi sebab ianya memerlukan ruang yg besar sedikit.Berbanding silk screen , ruang untuk mencetak heat transfer takde la besar sangat..satu meja computer pun dah boleh beroperasi.Tapi kalau nak cetak secara silk screen , saya boleh tolong dapatkan dan bantu macam mana nak bagi jadi murah.

Sebelum itu saya ingin menceritakan pengalaman saya sebagai pelanggan cetak t-shirt ni.Semasa kat tempat kerja di MAS , ada di kalangan kawan-kawan saya yang aktif menjual t-shirt.Kebanyakannye adalah t-shirt berkenaan dengan kapal terbang la.Saya pun ada beli sehelai dua sebagai koleksi.Lama-kelamaan timbul pula minat untuk menjual t-shirt.habis majalah-majalah MAS saya godek dan terjumpalah satu gambar kapal terbang A380.Tapi gambar tu 2 muka surat la pulak…tak kisah la tu….lepas tu saya gunting dan cantum gambar tu.Masa tu saya tak mesra internet la…tu yang ambik gambar kat majalah.Lepas tu pulak saya cari maklumat pembuat t-shirt di surat khabar.Orang buta IT la katakana…hihihi…Belek punye belek dapat la satu nombor telefon…call dan dapat tahu dia pun ejen jugak…Hentam aje la pasal dah excited sangat nak buat t-shirt.Proses nak menunggu adalah dalam 2 bulan juga lah…bila telefon kata design susah nak edit.Bila telefon lagi kata tengah tunggu t-shirt la…Bila telefon lagi tengah cetak t-shirt la…genap 2 bulan siap la baju yang saya order.Kos dia rm 23 sehelai …kuantiti 150 helai hitam dan putih.Saya jual rm30 sehelai itupun diorang kata mahal…Lantaklah…customer kan always right…Sehingga bulan feb 2012 saya dah buat t-shirt dalam 10 design.Last sekali bulan jan 2012 iaitu Malaysia Airlines A380.Dah lama saya nak cuba cetak t-shirt sendiri tapi memandangkan  kesibukan masa…saya jadi lupa.Baru-baru ni baru tergerak hati nak belajar…so saya search internet dan dapat kat saujana utama dan berguru ngan brader Firdaus.Kos untuk kelas cetak baju adalah RM300.tahun lepas dia cakap RM200 aje…tapi memandangkan dah meningkat naik RM300.Takpe la ilmu punye pasal bayar aje la.Bagus gak join kelas banyak maklumat dan rahsia kos pencetakan yang saya dapat.Berapa untung yang kedai dapat,nak dpat supplier kat mana,macam mana nak guna Adopt Illustrator,guna laman web dan yang paling penting kos sebenar percetakan.Kelas bermula 10 pagi hingga 7 ptg…itu pun tak cukup lagi sebenarnya.Pada pandangan saya sebenarnye lebih mudah faham berguru dengan orang daripada membaca buku panduan.Kalau ada apa yang tak faham kita boleh tanya.tapi kalau baca buku tak faham nak kene email la soalan..lepas tu baru dapat jawapan.

Selang seminggu saya gi kelas belajar internet pulak..tengah semangat la katakan.Saya gi belajar ngan Irfan Khairi dengan bayaran RM890.Bagus tu memang la bagus cuma follow up tu lambat sikit.Kalau orang macam saya yang biasa ngan IT pun terkial-kial juga melayan kerenah buat website macam mana pulak ngan orang yang nak buat e-mail pun tak boleh.Susah sangat saya buat blog kat google aje.Website tu memang la bagus tapi leceh prosesnye.nak bisnes besar boleh la guna.Itu pandangan saya…jangan marah ye.Tapi info yang paling berguna adalah tak kira laman blog atau website…kena banyak information…baru lah website atau blog anda akan berada di muka surat pertama google.

Oklah tanpa membuang masa saya sertakan peralatan untuk mencetak t-shirt heat transfer.
  • Komputer
  • Mesin heat press
  • Printer - pigment ink
  • Printer - sublimation ink ( optional )
  • Transfer paper dark based ( USA )
  • Transfer paper light based ( USA )
  • Sublimation transfer paper ( optional )
  • T-shirt cotton cerah atau gelap
  • T-shirt micro fibre (optional)
  • Craft Robo (mesin pemotong) (optional)
  • Software Illustrator atau Photoshop cs5

Mula-mula anda carilah image kat google image dan kalau nak lebih mudah edit… anda haruslah letak perkataan vector di setiap hujung ayat…contohnya love hearts vector.Tujuan vector ini adalah untuk memudahkan anda mengasingkan warna dalam artwork (adopt Illustrator anda…kalau anda terus ke jpeg anda agak susah untuk mengasingkan warna.

Untuk pengetahuan anda…proses artwork adalah yang paling rumit...tambah pulak kalau tak cekap guna Adopt Illustrator atau photoshop...boleh jadi giler dibuatnye.Bila dah siap artwork,anda pilih lah jenis cetakan yang anda mahu...kalau anda mahu baju cotton gelap seperti hitam...anda kena guna transfer paper dark based kerana ia ada background warna putih...so artwork anda akan kelihatan pada baju anda.Kalau artwork anda segi empat maka tak perlu anda potong artwork anda.Andai kata artwork anda ada yang kene potong...anda bolehlah guna mesin pemotong.Saya belum mahir lagi menggunakan mesin pemotong tu...agak complicated sikit la.Buat masa nie saya guna sepenuhnya saiz paper tu.Kemudian anda print kat atas transfer paper tu...saya guna pigment ink pasal kain cotton sesuai ngan ink tersebut.


BERSAMBUNG...

Thursday, February 9, 2012

Tempah T-shirt | Heat Transfer | Silk Screen

T-SHIRT (KEMEJA - T)

Kemeja-T ialah baju yang dipakai dengan menyarungnya dari kepala ke bawah untuk melitupi sebahagian besar badan manusia. Ia biasanya tidak berbutang, tidak berkolar, atau tidak bersaku, dan memiliki leher bulat serta lengan pendek. Lengan kemeja-T menjangkau sekurang-kurangnya sehingga bahu tetapi tidak melitupi siku (dalam versi lengan pendek). Baju dengan lengan yang lebih panjang atau lebih pendek daripada itu tidak tergolong dalam kemeja-T.
Kemeja-T biasanya diperbuat daripada serat kapas atau serat poliester (atau campuran kedua-dua serat itu) yang dikait sebagai fabrik jersi untuk memberikan tenunan kemeja-T tersendiri yang lembut. Kemeja-T boleh dihiasi dengan teks dan/atau gambar, dan kekadangnya dipergunakan untuk pengiklanan.
Fesyen kemeja-T termasuk gaya untuk kedua-dua lelaki dan wanita, serta untuk semua kumpulan umur, termasuk saiz bayi, budak, dan dewasa.


Sejarah
Kemeja-T berkembang daripada pakaian dalam yang digunakan pada abad ke-19. Ia dicipta dengan menggunting pakaian dalam "sut kesatuan" sehelai menjadi pakaian atas dan pakaian bawah yang berasingan, dengan pakaian atas cukup panjang untuk dimasukkan ke dalam ikatan pinggang pakaian bawah. Kemeja-T, baik dengan butang mahupun tidak, dipakai oleh pelombong dan pemunggah kargo pada akhir 1800-an sebagai pakaian yang sesuai untuk persekitaran panas.
Kemeja-T, sebagai pakaian serelum tanpa butang, pada asalnya menjadi popular di Amerika Syarikat apabila ia dibekalkan oleh tentera Laut amerika Syarikat semasa atau selepas Perang Sepanyol Amerika. Ia merupakan baju dalam kapas putih yang bergaris leher bulat dan berlengan pendek yang dipakai di bawah pakaian seragam. Kemeja-T umumnya dipakai oleh pelaut dan askar marin dalam pasukan kerja, kapal selam awal, dan iklim tropika. Mereka menanggalkan "jaket" pakaian seragam dan hanya memakai (dan mengotori) baju dalam mereka. Adalah mungkin bahawa lembaga pakaian seragam Tentera Laut menemui kemeja-T buat pertama kali apabila mereka melihat anak kapal dok.
Dinamai "kemeja-T" disebabkan garis bentuk pakaian itu, kemeja-T tidak lama kemudian menjadi popular sebagai pakaian lapisan dalam untuk pekerja dalam pelbagai industri, termasuklah pertanian. Kemeja T mudah dipakai, mudah dibersihkan, serta murah dan kerana itu, ia menjadi baju pilihan untuk budak lelaki (lebih mungkin pilihan ibu daripada pilihan budak lelaki pada diri mereka). Baju budak lelaki yang mempunyai pelbagai warna dan corak menjadi amat umum sehingga watak kartun Charlie Brown jarang dinampak tanpa kemeja-T dengan jalur zig zag di sekeliling pinggangnya.
Menjelang Zaman Meleset, kemeja-T seringnya menjadi pakaian lalai yang dipakai sewaktu membuat kerja harian ladang atau ladang ternak serta juga sewaktu kesopanan memerlukan badan dilitupi tetapi keadaan memerlukan pakaian ringan.
Selepas Perang Dunia II, pemakaian seluar pakaian seragam dengan kemeja-T sebagai pakaian kasual menjadi umum dalam kalangan bekas perajurit, dengan kemeja-T menjadi jauh lebih popular selepas Marlon Brando memakainya dalam filem A Streetcar Named Desire. Kemeja-T akhirnya mencapai status sebagai satu pakaian luaran tersendiri yang berfesyen.

 Arah aliran

Kemeja-T pada aslanya dipakai sebagai baju dalam. Kini, ia sering dipakai sebagai pakaian tunggal pada bahagian atas tubuh, selain daripada mungkin coli atau anak baju. Kemeja-T juga telah menjadi perantara untuk pernyataan diri dan pengiklanan, dengan mana-mana gabungan perkataan, lukisan, dan juga gambar foto yang dapat difikirkan dipaparkan.
Kemeja-T biasanya menjangkau sehingga pinggang. Kelainan kemeja-T seperti tank top, baju-A (dengan nama samaran "pemukul isteri"), kemeja otot, kemeja leher senduk, dan leher-V telah dikembangkan. Fesyen hip hop memperkenalkan "T-tinggi", kemeja-T yang dipanjangkan sehingga lutut. Salah satu arah aliran 1990-an dalam pakaian wanita melibatkan kemeja-T gunting yang ketat dan yang cukup pendek untuk mendedahkan bahagian perut. Satu lagi arah aliran yang popular ialah pemakaian kemeja-T berlengan pendek di atas "kemeja-T berlengan panjang" dengan warna yang berbeza; ini dikenali sebagai "pelapisan".

Hiasan


Salah satu contoh kemeja-T yang menggunakan pencelup ikat

Kemeja-T cecincin
Pada awal 1950-an, banyak syarikat yang berpusat di Miami,Florida, mula menghiasi kemeja-T dengan berbagai-bagai nama tempat peranginan dan watak. Syarikat pertama yang berbuat demikian ialah Tropix Togs di Miami di bawah pengasasnya, Sam Kantor. Ia memiliki lesen asal untuk watak Walt Disney yang merangkumi Mickey Mouse dan Davy Crockett. Syarikat yang lain kemudian memperluas usaha itu menjadi perniagaan pencetakan kemeja-T, misalnya Sherry Manufacturing Company yang juga berpusat di Miami. Sherry dimulakan pada 1948 oleh pemilik dan pengasasnya, Quinton Sandler, sebagai sebuah perniagaan skarf cetak saring dan kemudian berkembang menjadi salah satu syarikat tempat peranginan cetak saring pakaian berlesen yang terbesar di Amerika Syarikat.
Pada 1959, plastisol, satu dakwat yang lebih tahan lama dan lebih memberi direka, dan membenarkan lebih banyak kepelbagaian dalam reka bentuk kemeja-T.
Pada 1960-an, kemeja-T cecincin muncul dan menjadi satu fesyen utama untuk belia dan peminat rock and roll. Dekad itu juga memperlihatkan kemunculan pencelupan ikat dan pencetakan saring pada kemeja-T asas. Pada akhir 1960-an, Richard Ellman, Robert Tree, Bill Kelly, dan Stanley Mouse mengasaskan Monster Company di Lembah Mill, California untuk mengeluarkan reka bentuk seni halus, khususnya untuk kemeja-T. Kemeja-T Monster seringnya menonjolkan lambang dan motif yang berkait dengan pancaragam Grateful Dead dan budaya marijuana. Tambahan lagi, salah satu lambang yang paling popular muncul daripada kerusuhan politik 1960-an, dengan kemeja-T menampilkan muka pemberontak Marxis,Che Guevara.
Jenis hiasan kemeja-T komersil yang paling umum ialah percetakan saring. Dalam proses ini, corak kemeja diasingkan kepada setiap warna tunggal. Plastisol atau dakwat berasaskan air dibubuh pada baju menerusi tabir jejaring yang mengehadkan kawasan yang dakwat dibubuh. Dalam kebanyakan pencetakan kemeja-T komersil, warna tertentu digunakan. Untuk mencapai spektrum warna yang lebih luas menerusi jumlah warna yang terhad, percetakan proses (yang hanya menggunakan dakwat sian, magenta, kuning, dan hitam) atau proses tersimulasi (yang hanya menggunakan dakwat putih, hitam, merah, hijau, biru, dan emas) agak berkesan. Percetakan proses paling sesuai digunakan untuk kemeja yang berwarna muda, manakala proses tersimulasi lebih sesuai untuk kemeja yang berwarna gelap. Tidak banyak syarikat kini menggunakan dakwat berasaskan air, dengan kebanyakannya lebih suka akan plastisol kerana keupayaannya untuk mencetak pada kemeja berbagai-bagai warna tanpa memerlukan pelarasan warna pada peringkat seni.
Dakwat keistimewaan berubah-ubah mengikut fesyen dan merangkumi dakwat berasaskan pendar, gembung, nyahcas, dan cino. Kerajang logam boleh ditekankan atau dicapkan dengan olahan haba pada mana-mana bahagian yang berdakwat plastisol. Apabila digabungkan dengan dakwat pendar, logam itu menghasilkan kesan bak cermin pada tempat yang dakwat plastisol tersaring dibubuh. Dakwat keistimewaan adalah lebih mahal, bukan sahaja untuk membeli tetapi juga untuk menyaring dan justera, cenderung muncul dalam pakaian yang dijual di butik.
Kaedah hiasan yang lain yang digunakan pada kemeja-T termasuk berus sembur, tampal hias, sulam, teraan, dan cetak timbul serta juga penyeterikaan huruf cetak tabur hias, pemindahan haba, dan pemindahan pemejalwapan pencelup. Pencetak laser berupaya mencetak pada kertas biasa dengan menggunakan toner khusus yang mengandungi pencelup pemejalwapan. Cetakan kertas itu boleh dipindahkan secara kekal ke kemeja-T menerusi olahan haba.
Pada 1980-an, pencelup termokromatik digunakan untuk menghasilkan kemeja-T yang bertukar warna sewaktu suhu persekitaran berubah. Jenama Global Hypercolour amat popular di jalan raya United Kingdom buat beberapa tahun tetapi kini hampir hilang sama sekali. Ia juga sangat popular di Amerika Syarikat dalam kalangan remaja pada akhir 1980-an. Satu kelemahan pakaian tersebut adalah bahawa pencelupnya mudah rosak, khususnya apabila dicuci dengan air suam, selain daripada mencelup pakaian yang lain.
Pada peralihan abad, perekaan bentuk kemeja-T tempahan dalam talian menjadi lebih popular. Laman sesawang yang popular mula menggunakan pencetakan digital (seperti pencetakan Terus ke Pakaian atau DTG, singkatan untuk Direct to Garment ) yang membenarkan pelanggan mereka bentuk kemeja-T sendiri dalam talian tanpa pesanan minimum. Pada mulanya, DTG tidak berupaya mencetak pada pakaian gelap. Namun, dengan bantuan sesetengah peruncit kemeja-T dalam talian, pengilang pencetak seperti T-Jet telah menyempurnakan proses itu dan kini membekalkan pengguna dengan lebih banyak pilihan cetak.

 SUMBER : Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Tempah T-shirt | Heat Transfer | Silk Screen


  • WARNA DARK BLUE DAN LIGHT BLUE
  • SAIZ DARI S HINGGA XL
  • HARGA RM 30
  • KOS PENGHANTARAN RM 5 ( POS LAJU )
  • BANK IN KE AKAUN MAYBANK 164276546465 ATAS NAMA ROSMAINI BIN DIN
  • PENGHANTARAN AKAN DILAKUKAN SELEPAS PEMBAYARAN DITERIMA
  • SILA HUBUNGI 019-2745166 ( ENCIK ROSMAINI BIN DIN ) UNTUK SEBARANG PERTANYAAN