Friday, February 24, 2012

SELAMAT DATANG | TEMPAH T-SHIRT | HEAT TRANSFER | SILK SCREEN

Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera.Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada anda kerana sudi meluangkan masa anda untuk melawat laman blog saya yang tak seberapa ini.Tujuan utama saya membuat laman blog ini adalah kerana ingin berkongsi pengalaman bersama anda dalam percetakan t-shirt.Saya pernah menghadapi kesusahan dalam mencari tempat untuk mencetak t-shirt dan saya rasa anda begitu juga.kalau nak order pun kena dalam kuantiti yang banyak  dan kalau sikit pulak harganya agak mahal.Terfikir 2-3 kali untuk order t-shirt pulak.

Di sini saya akan berkongsi pengalaman dengan anda tentang percetakan t-shirt heat transfer dan silk screen.Kalau ada info yang tak cukup saya minta maaf la ye pasal saya pun budak baru belajar…Kalau salah tolong betulkan ye.Buat masa ni saya hanya ada set cetak secara heat transfer aje.Untuk set silk screen pulak,saya belum bersedia lagi sebab ianya memerlukan ruang yg besar sedikit.Berbanding silk screen , ruang untuk mencetak heat transfer takde la besar sangat..satu meja computer pun dah boleh beroperasi.Tapi kalau nak cetak secara silk screen , saya boleh tolong dapatkan dan bantu macam mana nak bagi jadi murah.

Sebelum itu saya ingin menceritakan pengalaman saya sebagai pelanggan cetak t-shirt ni.Semasa kat tempat kerja di MAS , ada di kalangan kawan-kawan saya yang aktif menjual t-shirt.Kebanyakannye adalah t-shirt berkenaan dengan kapal terbang la.Saya pun ada beli sehelai dua sebagai koleksi.Lama-kelamaan timbul pula minat untuk menjual t-shirt.habis majalah-majalah MAS saya godek dan terjumpalah satu gambar kapal terbang A380.Tapi gambar tu 2 muka surat la pulak…tak kisah la tu….lepas tu saya gunting dan cantum gambar tu.Masa tu saya tak mesra internet la…tu yang ambik gambar kat majalah.Lepas tu pulak saya cari maklumat pembuat t-shirt di surat khabar.Orang buta IT la katakana…hihihi…Belek punye belek dapat la satu nombor telefon…call dan dapat tahu dia pun ejen jugak…Hentam aje la pasal dah excited sangat nak buat t-shirt.Proses nak menunggu adalah dalam 2 bulan juga lah…bila telefon kata design susah nak edit.Bila telefon lagi kata tengah tunggu t-shirt la…Bila telefon lagi tengah cetak t-shirt la…genap 2 bulan siap la baju yang saya order.Kos dia rm 23 sehelai …kuantiti 150 helai hitam dan putih.Saya jual rm30 sehelai itupun diorang kata mahal…Lantaklah…customer kan always right…Sehingga bulan feb 2012 saya dah buat t-shirt dalam 10 design.Last sekali bulan jan 2012 iaitu Malaysia Airlines A380.Dah lama saya nak cuba cetak t-shirt sendiri tapi memandangkan  kesibukan masa…saya jadi lupa.Baru-baru ni baru tergerak hati nak belajar…so saya search internet dan dapat kat saujana utama dan berguru ngan brader Firdaus.Kos untuk kelas cetak baju adalah RM300.tahun lepas dia cakap RM200 aje…tapi memandangkan dah meningkat naik RM300.Takpe la ilmu punye pasal bayar aje la.Bagus gak join kelas banyak maklumat dan rahsia kos pencetakan yang saya dapat.Berapa untung yang kedai dapat,nak dpat supplier kat mana,macam mana nak guna Adopt Illustrator,guna laman web dan yang paling penting kos sebenar percetakan.Kelas bermula 10 pagi hingga 7 ptg…itu pun tak cukup lagi sebenarnya.Pada pandangan saya sebenarnye lebih mudah faham berguru dengan orang daripada membaca buku panduan.Kalau ada apa yang tak faham kita boleh tanya.tapi kalau baca buku tak faham nak kene email la soalan..lepas tu baru dapat jawapan.

Selang seminggu saya gi kelas belajar internet pulak..tengah semangat la katakan.Saya gi belajar ngan Irfan Khairi dengan bayaran RM890.Bagus tu memang la bagus cuma follow up tu lambat sikit.Kalau orang macam saya yang biasa ngan IT pun terkial-kial juga melayan kerenah buat website macam mana pulak ngan orang yang nak buat e-mail pun tak boleh.Susah sangat saya buat blog kat google aje.Website tu memang la bagus tapi leceh prosesnye.nak bisnes besar boleh la guna.Itu pandangan saya…jangan marah ye.Tapi info yang paling berguna adalah tak kira laman blog atau website…kena banyak information…baru lah website atau blog anda akan berada di muka surat pertama google.

Oklah tanpa membuang masa saya sertakan peralatan untuk mencetak t-shirt heat transfer.
  • Komputer
  • Mesin heat press
  • Printer - pigment ink
  • Printer - sublimation ink ( optional )
  • Transfer paper dark based ( USA )
  • Transfer paper light based ( USA )
  • Sublimation transfer paper ( optional )
  • T-shirt cotton cerah atau gelap
  • T-shirt micro fibre (optional)
  • Craft Robo (mesin pemotong) (optional)
  • Software Illustrator atau Photoshop cs5

Mula-mula anda carilah image kat google image dan kalau nak lebih mudah edit… anda haruslah letak perkataan vector di setiap hujung ayat…contohnya love hearts vector.Tujuan vector ini adalah untuk memudahkan anda mengasingkan warna dalam artwork (adopt Illustrator anda…kalau anda terus ke jpeg anda agak susah untuk mengasingkan warna.

Untuk pengetahuan anda…proses artwork adalah yang paling rumit...tambah pulak kalau tak cekap guna Adopt Illustrator atau photoshop...boleh jadi giler dibuatnye.Bila dah siap artwork,anda pilih lah jenis cetakan yang anda mahu...kalau anda mahu baju cotton gelap seperti hitam...anda kena guna transfer paper dark based kerana ia ada background warna putih...so artwork anda akan kelihatan pada baju anda.Kalau artwork anda segi empat maka tak perlu anda potong artwork anda.Andai kata artwork anda ada yang kene potong...anda bolehlah guna mesin pemotong.Saya belum mahir lagi menggunakan mesin pemotong tu...agak complicated sikit la.Buat masa nie saya guna sepenuhnya saiz paper tu.Kemudian anda print kat atas transfer paper tu...saya guna pigment ink pasal kain cotton sesuai ngan ink tersebut.


BERSAMBUNG...

4 comments:

  1. Assalamualaikum..
    Boleh beritahu brape modal yg diperlukan utk alatan Komputer
    Mesin heat press
    Printer - pigment ink
    Printer - sublimation ink ( optional )
    Transfer paper dark based ( USA )
    Transfer paper light based ( USA )
    Sublimation transfer paper ( optional )
    T-shirt cotton cerah atau gelap
    T-shirt micro fibre (optional)
    Craft Robo (mesin pemotong) (optional)
    Software Illustrator atau Photoshop cs5

    ReplyDelete
  2. Anggaran saya dalam rm5000 untuk semua itu...tq

    ReplyDelete
  3. Anggaran saya dalam rm5000 untuk semua itu...tq

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum, saya nak tanya, contoh kalau kita nak cetak baju kelas yang banyak nama2 tu, dan corak dia jarang2, kita kena gunakan pemotong atau print terus design dia? terima kasih

    ReplyDelete